Perpaduan Di Malaysia

 

TUGASAN E-FOLIO MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN 

SESI 2021/2022



Maksud Perpaduan

Perpaduan bermaksud hubungan yang erat dalam menyatupadukan seluruh masyarakat tanpa mengira kaum. Perpaduan adalah bertujuan untuk membentuk satu indentiti dan perasaan cinta dan bangga akan negara. Seperti yang sering diketahui, Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang kaum dan hidup secara harmoni.





Sejarah Perpaduan Kaum Di Malaysia

Tarikh 16 September 1963 merupakan catatan yang bersejarah dimana wujudnya Penubuhan Malaysia yang melibatkan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Pada tahun 1965, Singapura keluar dari Malaysia kerana mempunyai masalah politik dan isu perkauman. Percantuman Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak dapat menyatupadukan pelbagai jenis bangsa dan kaum sehingga terbentuklah suatu budaya yang unik di Malaysia. Hal ini kerana, Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk dan pelbagai jenis budaya, adat resam, serta kaum dan bangsa. Kesimpulannya, dengan wujudnya Penubuhan Malaysia, perpaduan antara kaum dapat dilaksanakan bagi membentuk sebuah negara yang aman dan harmoni.




Cara Mengekalkan Perpaduan Kaum

Antara cara yang boleh kita lakukan untuk mengekalkan perpaduan dalam kalangan masyarakat di Malaysia yang berbilang kaum ialah Rakyat Malaysia seharusnya tidak mencetuskan provokasi kaum dan menyentuh sensitiviti kaum yang lain. Hal ini sangat penting demi menjaga keamanan sesebuah negara. Sekiranya isu tersebut berlaku, ia akan menyebabkan perpecahan dan membolehkan negara kita dijajah semula.




      Seterusnya, kita boleh mengadakan aktiviti dan menjemput rakan-rakan yang berlainan kaum untuk bersama-sama menyertai aktiviti tersebut. Contohnya, mengadakan aktiviti sukaneka atau beriadah setiap kali hujung tahun bersama rakan sekerja yang berbilang kaum. Ini akan mengeratkan lagi hubungan tanpa mengira bangsa dan agama. Ia juga dapat mengelakkan amalan puak yang hanya berada dalam satu kelompok sahaja. 




  Selain itu, abad ke-21 kini, rakyat Malaysia kebanyakannya telah mula menggunakan teknologi. Jadi, dengan penggunaan media massa, kita perlu lah menyebarkan mesej-mesej yang positif sahaja demi menjaga perpaduan kaum di Malaysia. Kita juga perlu memastikan sebelum memuat naik sesuatu mesej di media massa, tiada sebarang mesej yang sensitif yang boleh menyebabkan perpaduan dalam pelbagai kaum semakin pudar.





Contoh Perpaduan Kaum Yang Dapat Dilihat Di Malaysia

Terdapat pelbagai aktiviti perpaduan di Malaysia dalam kalangan masyarakat. Antara contoh perpaduan kaum di Malaysia yang sering kita lihat adalah aktiviti gotong-royong di kawasan taman-taman perumahan. Masyarakat Malaysia kini, hidup berjiran dengan pelbagai kaum. Mereka akan bersama-sama membersihkan kawasan taman perumahan. Dengan ini, kita dapat lihat mereka akan lebih mengenali antara satu sama lain melalui perbualan dan berinteraksi sesama mereka.


 
 
  Selain itu, antara contoh lain yang sering berlaku di Malaysia adalah rumah terbuka. Masyarakat Malaysia gemar membudayakan amalan kunjung-mengunjung ke rumah rakan-rakan yang pelbagai kaum. Hal ini dapat mewujudkan rasa saling menghormati antara kaum. Kebiasaannya, amalan rumah terbuka akan diadakan pada musim-musim tertentu terutamanya pada hari perayaan kaum masing-masing. 



   Seterusnya, Semangat perpaduan ini sudah mula daripada bangku sekolah lagi. Sekolah bukan sahaja tempat untuk menimba ilmu, malah sekolah merupakan tempat dimana terjalinnya sesebuah perpaduan. Jika dilihat semula, pada masa ini, sekolah-sekolah yang terdapat di Malaysia telah mewujudkan pelbagai jenis kaum. Sebagai contoh, sesebuah sekolah itu semestinya mempunyai kaum yang berlainan bangsa seperti  Melayu, Cina dan India. Dari sini dapat dilihat bahawa sekolah dapat mewujudkan perpaduan bagi memperkukuhkan lagi pelbagai kaum.



  Tambahan lagi, Hari Kemerdekaan jatuh pada 31 Ogos 1957. Sambutan ini akan diadakan pada setiap tahun bagi memperingati jasa para pejuang yang berjuang demi tanah air tercinta. Seperti yang diketahui, Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana mempunyai pelbagai jenis kaum, etnik, budaya dan juga bahasa. Jadi, sambutan Hari Kemerdekaan ini akan diadakan secara besar-besaran untuk memupuk dan menjalinkan perpaduan antara kaum. Sebagai contoh, mengibarkan Jalur Gemilang secara beramai-ramai dapat memeriahkan lagi suasana. Di samping itu, dapat memperkukuhkan lagi perpaduan antara kaum kerana sambutan Hari Kemerdekaan ini melibatkan semua jenis kaum.



   Di samping itu, kepelbagaian bangsa ,agama dan budaya secara tidak langsung telah mengembangkan makanan warisan turun-temurun dalam kalangan pelbagai kaum di Malaysia. Makanan warisan dapat mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini. Kepelbagaian makanan warisan sebagai salah satu faktor untuk menyatukan rakyat Malaysia  yang berbilang kaum dan agama adalah tidak dinafikan. Makanan warisan seperti nasi lemak ,rendang, roti canai, teh tarik, nasi kandar , kuetiau dan  dimsum  seperti yang kita ketahui adalah menu terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia dan dimakan oleh semua kaum. Di Malaysia, sudah menjadi kebiasaan apabila melihat bangsa India makan di kedai Cina, bangsa Cina makan di kadai mamak dan bangsa Melayu makan di kedai Cina . Pelbagai kaum didapati mengunjungi bazar Ramadan untuk mendapatkan beberapa jenis makanan warisan .Perpaduan kaum melalui makanan warisan juga dapat dilihat pada beberapa jenis makanan warisan yang berasal daripada bangsa India dan Cina tetapi popular dalam kalangan bangsa Melayu. Begitu juga yang sebaliknya. Pada masa kini, pelbagai kaum mengunjungi sesebuah restoran atau kedai makan untuk menikmati hidangan makanan yang kebiasaannya dimakan oleh bangsa lain. 



  Seperkara lagi, dengan kewujudan kaum serta agama yang pelbagai, maka kita dapat melihat budaya, perayaan dan adat yang terdapat di negara Malaysia ini. Amalan kunjung-mengunjung ketika merayakan Hari Raya Aildilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Hari Natal dapat memupuk silaturahim dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum. Semasa menghadiri rumah terbuka, rakyat Malaysia boleh mengenali adat resam setiap kaum dengan lebih mendalam juga dapat menjana sikap bertimbang rasa dan saling menghormati antara satu sama lain. Setiap kaum yang ada di negara kita sedia menerima adat resam dan budaya kaum lain selain dapat menikmati juadah tradisional masyarakat mengikut kaum yang ada di negara kita. Rakan-rakan yang datang berkunjung ke rumah kita bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan sesama kaum tetapi juga dapat memeriahkan suasana rumah terbuka. Jelaslah bahawa, rumah terbuka yang diadakan pada setiap perayaan dapat memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat.

 
          




Kesimpulannya, perpaduan dalam kalangan rakyat di Malaysia adalah satu perkara penting. Oleh yang demikian, semua rakyat termasuklah kerajaan harus bersama-sama memainkan peranan bagi meningkatkan dan mengekalkan perpaduan demi mewujudkan sebuah bangsa yang terdiri dari rakyat yang pelbagai kaum supaya dapat hidup bersatu-padu dan aman damai. Kerajaan dan pihak-pihak yang bertanggungjawab perlu bijak dalam mengambil langkah untuk memastikan rakyat Malaysia hidup dalam perpaduan dan menaikkan nama Malaysia sehingga ke peringkat dunia.





SUMBER RUJUKAN :


http://1malaysiaunited.blogspot.com/2018/03/maksud-dan-kepentingan-perpaduan.html

http://mentaripagidengansenyuman.blogspot.com/2016/01/sebab-sebab-singapura-keluar-dari.html?m=1

https://www.penerangan.gov.my/japenv2/index.php/2020/03/18/perpaduan-langkah-langkah-memupuk-semangat-perpaduan/

https://wubloggers.blogspot.com/2018/04/cara-cara-mengekalkan-perpaduan-kaum.html

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/semangat-perpaduan-perlu-dipupuk-dari-sekolah-sultan-johor-212032

https://www.bharian.com.my/rencana/minda-pembaca/2020/08/721486/perpaduan-masyarakat-perkukuh-patriotisme

https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2020/09/730526/penubuhan-malaysia-satukan-penduduk-pelbagai-kaum

https://www.sinarharian.com.my/article/46206/KHAS/Cerita-Merdeka/Perpaduan-melalui-makanan-warisan

https://semangatdtk5a.blogspot.com/2017/03/

https://www.coursehero.com/file/23437514/kesimpulan/




Dihasilkan oleh :

NUR QISTINA AMIRAH BINTI RAFIHEIRU 32DDV21F1001
SITI NUR BALQIS BINTI SAIFUL NAHAR 32DDV21F1003
BUVANASWARY A/P THANAPAL 32DDV21F1053

Pensyarah :

PUAN NOR SIDAH BINTI CHE DIN










                                                                           






 





Comments